Wednesday, March 17, 2010

Apa itu caplum??

assalamualaikum......

alhamdulillah, setelah lama tak mengepost, lebih kurang dua bulan, saya mengepost juga akhirnya setelah didorong oleh rakan2. Saya dah lama tak mengepost kerana beberapa sebab:

1. malas
2. tiada dorongan
3.sibuk
4.tiada bahan nak post

tu je kot sebabnya. Jadi, hari ni saya ingat nak post pasal caplum. Jadi seperti tajuk di atas, apa itu CAPLUM? Caplum ni adalah salah satu benda baru yang saya ketahui. Benda ni saya discover waktu saya balik kampung waktu raya tahun lepas kat perak.

Jadi, caplum adalah salah satu permainan tradisional yang terkenal di kampung. Dulu, seperti yang kita tahu, mana ada tv, atau ps3 mahupun xbox kat kampung. Jadi bagi menghilangkan bosan, budak2 kampung pun mainlah caplum. Benda ni juga bolehlah dianggap sebagai senjata. Orang dulu2 biasa main perang2 guna benda nilah. Benda2 ni takda jual kat kedai. Kalau nak main, buat sendirilah. Benda ni dibuat daripada buluh. Pelurunya pulak dibuat daripada kertas2 basah.Nak buat benda ni bukan senang. Kena ada kekreatifan untuk buat benda ni. Gambar2 caplum boleh dilihat di bawah ni.


Mereka bersama caplum buatan mereka.




Aksi dan posing yang baik.



Baru selesai membuat caplum.



Caplum dan peluru.



Satu lagi posing yang baik.



Saya dan caplum.


Kesimpulan: Remaja dulu semuanya rajin dan kreatif, tak macam sekarang, asyik main game je.