Monday, August 31, 2009

MERDEKA!!!

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 kepada semua rakyat Malaysia.

Sunday, August 30, 2009

Keputusan periksa trial

Periksa trialku:

Maths-A
Science-A
Bahasa Arab-A
Sejarah-A
Kemahiran Hidup Bersepadu-A
Bahasa Inggeris-C
Bahasa Melayu-B
Pend.Islam-A
Geografi-A

Ini sahaja subjek yang saya ketahui keputusannya setakat ini. Kalau difikirkan kembali, kenapa saya tayangkan keputusan saya ini di blog ini. Tak ke saya berasa malu. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya tak malu untuk tunjukkan keputusan saya. Cuba tengok keputusan saya, semua subjek dapat A cuma bahasa Inggeris dan bahasa melayu je. Tak tahulah kenapa bahasa Inggeris dan bahasa Melayu saya teruk sangat. Mungkin tak minat kot. Mungkin juga sebab belajar last minute. Apapun, penyesalan tak berguna lagi. Tapi, saya masih belum terlambat. Nasi belum menjadi bubur. Saya kena berusaha untuk PMR yang akan menjelang tak lama lagi. Doakanlah saya.

Wednesday, August 19, 2009

H1N1 satu ujian bagi kita

Sepertimana yang kita tahu, H1N1 telah merebak di seluruh dunia? Dari mana mulanya virus ini? Ia bermula daripada babi. Ia merupakan gabungan selesama manusia, selesama burung dan selesama babi. Ia boleh berjangkit dengan cepat di merata tempat. Tak kisahlah apapun, tapi cuba kita fikirkan apakah hikmah penyakit ini diturunkan kepada kita. Ia sebenarnya merupakan peringatan daripada Allah. Mengapa? Ini kerana masyarakat Islam semakin lalai dan semakin jauh dari ajaran Islam. Lihat sajalah sekarang ini, penzinaan, pembunuhan dan banyak lagi perkara-perkara maksiat yang berlaku di negara ini. Lalu, Allah pun menurunkan penyakit ini sebagai peringatan kepada kita. Seharusnya kita sedar akan perkara ini. Sebenarnya, kehidupan kita di dunia tidak lama. Kematian sedang menunggu kita. Ingatlah Allah. Kembalilah kepada ajaran Allah yang sebenar.Wallahu a`lam.

Monday, August 17, 2009

Aduh, Tension!!!!

Hari ni merupakan hari peperiksaan trial yang pertama. Jadi, nak ceritalah sedikit pasal hari ini. Pagi tadi, waktu nak masuk dewan periksa, adalah rasa gementar. Waktu tu nak periksa BM karangan. Bahagian A saya dapat buat dengan baik. Tapi, bila tiba bahagian B, otak payah nak keluarkan idea. Tak tahulah kenapa. Padahal, soalan tu senang. Tapi, Alhamdulillah, karangan bahagian B boleh buat juga. Bila buat bahagian C, otak semakin bercambah mengeluarkan idea-idea yang bernas. Maklumlah soalan C senang, pasal surat tak rasmi. Bahagian terakhir iaitu bahagian D pula saya dapat buat dengan baik walaupun susah sedikit. Periksa yang seterusnya ialah periksa Sejarah. Soalan agak senang juga walaupun mencabar. Target saya bagi periksa Sejarah ialah 55/60. Insya-Allah boleh capai. Periksa terakhir yang saya duduki pada hari ini merupaka periksa BM Tatabahasa. Soalannya tidaklah mencabar tapi mengelirukan. InsyaAllah, saya boleh dapat A dalam semua subjek. Doakanlah saya.

Sunday, August 16, 2009

Rakan-rakan seperjuanganku

Inilah gambar-gambar rakan saya yang sentiasa bersama saya:




Dari kiri, Saiful, Syafiq(kawan lama SRIJB),
dan saya.

Afif(3 Itqan).

Dari kiri, Amir, Zahin, Ammar dan saya.

Saiful sedang termenung(cam tension je).

Dari kiri, Saiful, Ziyaadi dan Ridhwan.

Muhaimin(3Itqan).

Zahin sedang khusyuk membaca al-Quran.

Saturday, August 15, 2009

Kenangan manis dan pahit

Setiap orang mempunyai kenangan tersendiri. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Kenangan dan pengalaman inilah yang mematangkan diri kita semua. Jadi, hari ini, saya ingin bercerita tentang kenangan paling manis dan kenangan paling pahit dalam hidup saya. Kenangan manis saya ialah apabila menyambut sambutan Hari Raya 2005. Hari Raya pada waktu itu terasa lain daripada hari raya sebelumnya sebab semua saudara-mara dapat berkumpul bersama-sama pada raya tahun tersebut. Hari Raya pada tahun itu merupakan yang paling meriah sekali. Tapi sayangnya pada tahun tersebut juga, nenek saya yang tersayang pulang ke rahmatullah. Jadi, tak dapat raya dengan nenekla pada waktu itu.

Kenangan pahit saya juga berlaku pada tahun 2005. Tangan saya patah pada waktu itu selepas jatuh daripada tangga sekolah(SRI JB). Peristiwa tersebut berlaku dek kerana kenakalan saya. Pada waktu itu, saya dan rakan sekelas yang lain diarahkan untuk pergi ke musolla(surau). Jadi, dalam perjalanan ke situ, kami main lumba lari siapa yang sampai dulu di musolla. Saya pada waktu itu berlari turun tangga dan terjatuh. Lepas tu, kawan saya tanya saya "Kau ok tak" saya tanya kawan saya kenapa, lepas tu, dia jawab "Tadi masa kau jatuh, aku dengar ada bunyi hentakan, kuat jugak bunyi tu" Jadi, saya pun pada waktu itu terus panik lalu tengok tangan saya. Rupa-rupanya patah!!! Tangan saya bengkok macam huruf V. Tekak berasa loya melihat tangan saya yang patah. Ada rasa macam-macam pada waktu tu. Lepas tu, kawan saya bergegas membawa saya ke bilik guru dan tak lama kemudian saya terus dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, JB oleh Ustaz Fakhrizal dan Ustaz Azri(Terima kasih kepada ustaz berdua kerana membantu saya pada waktu itu). Sejurus selepas itu saya mendapat rawatan dan tidur semalaman di hospital tersebut. Sejak lepas tu, saya berasa insaf dan tidak nakal lagi(nakal sikit-sikit je). Itulah pengalaman saya sepanjang lima belas tahun saya hidup di muka bumi ini.

Niat

Niat adalah perkara utama dalam pekerjaan seseorang. Tanpa niat, maka tiadalah amalan. Mari kita renungkan potongan hadis Rasulullah yang berbunyi:

~Setiap perbuatan dimulai demgan niat~

Potongan hadis niat ini telah dipetik daripada kitab Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis ini merupakan hadis pertama dalam kitab tersebut. Ini menunjukkan niat adalah penting bagi seseorang. Jika kita berfikir kembali, sebenarnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Ini kerana jika kita berniat untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang buruk, kita tidak mendapat dosa. Kemudian, jika kita melakukannya, barulah kita mendapat dosa. Tetapi, jika kita berniat untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang baik, kita akan mendapat pahala walaupun kita masih belum melakukannya. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada coretan saya ini dan marilah kita beramal untuk menggapai syurga Allah Taala.

Friday, August 14, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

Peperiksaan trial PMR hampir datang. Debaran dan kehangatan makin terasa. Tambahan lagi, periksa ini akan berjalan di dewan peperiksaan seperti periksa PMR yang sebenar. Semua orang cakap kalau kita skor trial ni Insya-Allah kita juga akan skor dalam PMR kerana soalan PMR lebih senang daripada trial. Jadi, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam trial ni. Target kali ini ialah 9A. Jadi, saya berharap kepada semua agar dapat mendoakan kejayaan saya dalam trial ni.

Welcome!!!

Selamat datang ke blog saya. Tujuan saya buat blog ini adalah untuk meluahkan isi hati yang terpendam. Dalam blog ini, insya-Allah saya akan kongsikan dengan anda semua tentang diari dan pengalaman hidup saya. Saya juga akan membawa pelbagai isu semasa untuk dikongsikan di blog ini.

I made this widget at MyFlashFetish.com.