Saturday, August 15, 2009

Kenangan manis dan pahit

Setiap orang mempunyai kenangan tersendiri. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Kenangan dan pengalaman inilah yang mematangkan diri kita semua. Jadi, hari ini, saya ingin bercerita tentang kenangan paling manis dan kenangan paling pahit dalam hidup saya. Kenangan manis saya ialah apabila menyambut sambutan Hari Raya 2005. Hari Raya pada waktu itu terasa lain daripada hari raya sebelumnya sebab semua saudara-mara dapat berkumpul bersama-sama pada raya tahun tersebut. Hari Raya pada tahun itu merupakan yang paling meriah sekali. Tapi sayangnya pada tahun tersebut juga, nenek saya yang tersayang pulang ke rahmatullah. Jadi, tak dapat raya dengan nenekla pada waktu itu.

Kenangan pahit saya juga berlaku pada tahun 2005. Tangan saya patah pada waktu itu selepas jatuh daripada tangga sekolah(SRI JB). Peristiwa tersebut berlaku dek kerana kenakalan saya. Pada waktu itu, saya dan rakan sekelas yang lain diarahkan untuk pergi ke musolla(surau). Jadi, dalam perjalanan ke situ, kami main lumba lari siapa yang sampai dulu di musolla. Saya pada waktu itu berlari turun tangga dan terjatuh. Lepas tu, kawan saya tanya saya "Kau ok tak" saya tanya kawan saya kenapa, lepas tu, dia jawab "Tadi masa kau jatuh, aku dengar ada bunyi hentakan, kuat jugak bunyi tu" Jadi, saya pun pada waktu itu terus panik lalu tengok tangan saya. Rupa-rupanya patah!!! Tangan saya bengkok macam huruf V. Tekak berasa loya melihat tangan saya yang patah. Ada rasa macam-macam pada waktu tu. Lepas tu, kawan saya bergegas membawa saya ke bilik guru dan tak lama kemudian saya terus dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, JB oleh Ustaz Fakhrizal dan Ustaz Azri(Terima kasih kepada ustaz berdua kerana membantu saya pada waktu itu). Sejurus selepas itu saya mendapat rawatan dan tidur semalaman di hospital tersebut. Sejak lepas tu, saya berasa insaf dan tidak nakal lagi(nakal sikit-sikit je). Itulah pengalaman saya sepanjang lima belas tahun saya hidup di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment