Monday, September 7, 2009

Pahala yang bertambah dan berterusan.

Assalamualaikum...
Post kali ni, saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat daripada satu artikel.

Rasulullah bersabda:
Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka baginya pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut selepasnya, (serta) tidak berkurangan pula pahala orang yang mengamalkannya, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikitpun.
-H.R Imam Muslim

Sebab itulah kalau kita lihat dan perhatikan pahala orang-orang alim dan para pendakwah yang mendidik masyarakat setempat dengan Islam mendapat pahala yang tidak terkira banyaknya, hanya Allah sahaja yang mengetahui kiraannya. Begitu juga dengan ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka dengan didikan Islam, mereka juga mendapat pahala dan ganjaran yang tidak putus-putus daripada Allah S.W.T.

Jadi, alangkah baiknya jika ilmu-ilmu agama dapat disedekahkan dan disebarkan kepada orang lain(photostat, email, sms, kuliah, nasihat, dll) kerana INsya-Allah, kita akan mendapat pahala yang tidak terkira banyaknya. Janganlah berlengah dan segan-segan, segala usaha dalam tenaga kerja dakwah ini akan dianggap sebagai amalan sedekah, maka akan berterusan pahalanya walaupun selepas wafatnya. Umpama menanam sebutir gandum yang menghasilkan tujuh tangkai, setiap tangkai hasilkan seratus biji dan terus membiak hingga tidak terhitung jumlahnya... rujuk surah al-Baqarah ayat 261. Asalkan kita ikhlas melaksanakannya dan mencari keredhaan Alllah S.W.T.

Akan tetapi, AWAS!!!, INGAT!!!, Janganlah menyebarkan ilmu yang boleh merosakkan masyarakat kerana perkara ini amatlah dikeji. Khususnya, kepada kaum wanita.

Mereka perlu menyedari bahawa dengan mendedahkan auratnya(berpakaian sendat, tak cukup kain, jeans ketat di punggung, terdedah rambutnya, dll), setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa kesalahan itu,tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolhi hanya dengan pembukaan aurat di suatu hari. Ia berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bererti:

"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atas dosanya dan dosa
setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya"
(Riwayat Ahmad dan lain-lain:sohih)


Termaksudlah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyababkan lelaki yang melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Cuba kita lihat, ramai wanita yang bertudung, tapi tidak menutup dada, berbaju ketat dan singkat, dan berseluar sendat yang jelas menunjukkan alur punggung juga dikira tidak menutup aurat kerana mengundang fitnah(godaan)...

Oleh itu, ambillah pengajaran dan ubah sikap kita kepada yang lebih baik.Sekian.. wassalam....

p/s: post kali ni panjang sikit sebab geram dengan mereka di luar itu yang mendedahkan aurat meskipun bergelar Islam.

Hari Lahir!!!!

Assalmualaikum....

Hari ni umur saya telah genap 15 tahun(8/9/94). Rasa syukur sangat dapat dipanjangkan umur hingga ke saat ini. Biasanya, sambutan akan diadakan bagi menyambut hari lahir saya. Biasanya juga, banyak hadiah hari lahir yang saya dapat daripada kawan. Tapi, tahun ini, tiada sambutan dan tiada juga hadiah. Tapi, saya tak kisah pun semua itu. Kenapa? sebab saya dapat hadiah yang lebih besar daripada itu. Apa dia? Ramadhanlah. Tahun ni, hari lahir saya jatuh pada bulan Ramadhan, saya rasa amat bersyukur dan bertuah pada tahun ini. Hadiah hari lahir tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Alhamdulillah...


p/s: selamat hari lahir juga kepada Ridhwan... 10 hari lagi hari lahir dia(18/9/94)... kita kembar kan, Ridhwan?

Cerita pendek

Assalamualaikum...

Post kali ni nak cerita sikit pasal satu cerita.
Sumber:Ayah saya

Dulu, ada seorang suami yang baru dikurniakan cahaya mata. Lalu, si suami ni pun pergi ke Jabatan Pendaftaran Nama untuk mendaftarkan nama anaknya yang baru lahir. Dia berniat nak letak nama anaknya Mat. Tiba sahaja di depan kaunter jabatan tersebut, pegawai pun bertanya "Nak bagi nama apa kat anak kamu ni?" si suami ni pun jawab " Mat saja encik", pegawai tu pun mendaftarkan nama anaknya dengan nama Mat Saja(sepatutnya Mat-pegawai salah faham). Jadi, sampai sekaranglah nama anak tersebut Mat Saja.


p/s:cerita ni tak pasti betul atau rekaan.. wallahua'lam

Saturday, September 5, 2009

MERDEKA 2!!!!

Dah lama ya saya tak update blog ini, maklumlahkan hari tu nak sedia untuk pmr, jadi tak bolehlah nak buka komputer. Tapi, sekarang ni Alhamdulillah, pmr dah habis dan terasa hidup ini lapang dan bahagia. Jadi, lepas ini bolehlah saya update blog ini setiap hari. Tapi, saya nak ingatkan kepada diri saya dan rakan-rakan di luar sana yang baru habis pmr supaya janganlah enjoy melebih-lebih sangat, sebab keputusan belum keluar lagi. Jadi, sementara menunggu keputusan pmr keluar, buatlah aktiviti-aktiviti berfaedah. Siapkan diri kita untuk menghadapi cabaran untuk meneruskan perjuangan di ting. 4 nanti. Insya-Allah.Wassalam.

Friday, September 4, 2009

Syaitan!!

Assalamualaikum..

Waktu syaitan mudah meresap ke dalam badan manusia:

1. ketika manusia marah
2. ketika manusia takut
3. ketika nafsu syahwat bergelora

Oleh itu, cubalah sedaya-upaya lindungi diri kita daripad mudah diresap oleh syaitan. Binalah perisai diri kita dengan iman. Tambah lagi, di bulan ramadhan ni, syaitan dibelenggu. Jadi, banyakkanlah amalan.


p/s: Jangan pula kita jadi syaitan di bulan ramadhan.

Thursday, September 3, 2009

PONTENG?

Assalamualaikum..

Masuk hari ni, dah 4 hari tak datang sekolah. Ada kawan tanya saya "ponteng ke Anas". saya jawab balik "suka hati je tuduh orang ponteng". Tapi betul ke saya tak ponteng sekolah. Sebenarnya saya tak ponteng sekolah. Tak datang sekolah ni pun atas sebab-sebab tertentu.
Ni yang nak cerita ni. sebenarnya, saya sakit kaki. Bengkak. Tak boleh jalan sangat. Tambah lagi, saya ni lain daripada orang lain. Kalau ada anggota badan saya bengkak, saya lambat pulih, sebab saya ada haemophilia(penyakit). Penyakit ni sebenarnya penyakit keturunan. Apapun saya redha. Dah ketentuan ilahi. Nak buat camana. Penyakit ni takkan hilang sehinggalah mati. cuma ubat untuk bertahan je ada(factor 8). Jadi, sahlah saya tak ponteng. mungkin minggu dpn dtg sekolah kot.


p/s: Ruginya tak dtg sekolah. Rindu nak belajar, rindu dengan kawan2

Tuesday, September 1, 2009

rakan-rakan sekelas

Dari kiri, Ammar, saya(Anas), Ashim, saiful, Ziyaadi, Wan, Huzaifah, Khair(singaporean), Ihsan, Yaqin(yang berdiri) dan Muaz. Rakan sekelas yang tak ada dlm gambar ni ialah Zahin, Ridhwan, Luqman, Amir, Muqri, dan Zul.