Monday, September 7, 2009

Pahala yang bertambah dan berterusan.

Assalamualaikum...
Post kali ni, saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat daripada satu artikel.

Rasulullah bersabda:
Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka baginya pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut selepasnya, (serta) tidak berkurangan pula pahala orang yang mengamalkannya, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikitpun.
-H.R Imam Muslim

Sebab itulah kalau kita lihat dan perhatikan pahala orang-orang alim dan para pendakwah yang mendidik masyarakat setempat dengan Islam mendapat pahala yang tidak terkira banyaknya, hanya Allah sahaja yang mengetahui kiraannya. Begitu juga dengan ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka dengan didikan Islam, mereka juga mendapat pahala dan ganjaran yang tidak putus-putus daripada Allah S.W.T.

Jadi, alangkah baiknya jika ilmu-ilmu agama dapat disedekahkan dan disebarkan kepada orang lain(photostat, email, sms, kuliah, nasihat, dll) kerana INsya-Allah, kita akan mendapat pahala yang tidak terkira banyaknya. Janganlah berlengah dan segan-segan, segala usaha dalam tenaga kerja dakwah ini akan dianggap sebagai amalan sedekah, maka akan berterusan pahalanya walaupun selepas wafatnya. Umpama menanam sebutir gandum yang menghasilkan tujuh tangkai, setiap tangkai hasilkan seratus biji dan terus membiak hingga tidak terhitung jumlahnya... rujuk surah al-Baqarah ayat 261. Asalkan kita ikhlas melaksanakannya dan mencari keredhaan Alllah S.W.T.

Akan tetapi, AWAS!!!, INGAT!!!, Janganlah menyebarkan ilmu yang boleh merosakkan masyarakat kerana perkara ini amatlah dikeji. Khususnya, kepada kaum wanita.

Mereka perlu menyedari bahawa dengan mendedahkan auratnya(berpakaian sendat, tak cukup kain, jeans ketat di punggung, terdedah rambutnya, dll), setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa kesalahan itu,tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolhi hanya dengan pembukaan aurat di suatu hari. Ia berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bererti:

"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atas dosanya dan dosa
setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya"
(Riwayat Ahmad dan lain-lain:sohih)


Termaksudlah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyababkan lelaki yang melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Cuba kita lihat, ramai wanita yang bertudung, tapi tidak menutup dada, berbaju ketat dan singkat, dan berseluar sendat yang jelas menunjukkan alur punggung juga dikira tidak menutup aurat kerana mengundang fitnah(godaan)...

Oleh itu, ambillah pengajaran dan ubah sikap kita kepada yang lebih baik.Sekian.. wassalam....

p/s: post kali ni panjang sikit sebab geram dengan mereka di luar itu yang mendedahkan aurat meskipun bergelar Islam.

No comments:

Post a Comment