Saturday, December 4, 2010

Penawar hati!!

Salam, dah lama tak update blog tetiba je rasa nak update. Sebelum saya meneruskan lebih panjang, saya harapkan anda semua dapat membaca tulisan saya ini dengan hati yang merendah diri kerana ini adalah bahan ilmu, dan aliran ilmu itu ibarat air yg mengalir, hanya bertakung di tempat yang rendah. Pernah tak anda merasa kekosongan dalam diri, atau satu kehilangan. Rasa tidak puas atau rasa tidak pernah cukup. Saya yakin perkara ni pernah melanda setiap seorang daripada kita. Jadi, sebenarnya apa yang telah hilang dalam hidup kita? Apakah cara penyelesaiannya?

Jangan risau, apa yang kita perlukan hanyalah iman. Kita dah selalu dengar perkataaan 'iman' ini. Setiap orang ada definisi yang tersendiri. Bagi saya pula, saya mungkin tidak dapat menafsirkan maksud iman ini, tapi senang cakap, iman itu tidak datang tanpa hidayah. Ya. Kita fikir kita telah mendapat hidayah kerana menjadi orang Islam. Tapi, realitinya ramai orang Islam sendiri tidak mendapat hidayah. Pelbagai cara Allah bagi hidayah kepada seseorang itu. Jadi, setiap orang akan menerima hidayah dengan cara yang berbeza. Jadi, kita perlu berusaha dlm mencarinya seperti membaca buku dan pergi ke majlis agama.

Jangan berputus asa selagi tidak mendapat hidayah. Tapi, ingat, iman tak akan menetap di dalam hati yang keras. Jadi, cara memecahkan hati yang keras antaranya ialah dengan banyakkan beristighfar kerana ia akan membuat kita rajin untuk membuat amalan seterusnya yang akhirnya akan memecahkan tembok hati yang keras dengan dosa dan noda.

Pernah saya mendengar pesanan Imam Ghazali, daripada buku bertajuk Di mana DIA di hatiku? karangan Pahrol Muhd Juoi. Moga Allah memberkatinya. Kata Imam Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!!"

Begitulah pesanan beliau dalam usaha kita untuk mendapatkan hidayah Allah dan mengubah diri kita. Jadi, marilah sama2 cari hidayah Allah dengan bemacam cara sekalipun kerana sesungguhnya Allah suka pada hamba2nya yang kembali padanya. Tiada sesiapa pun yang sempurna dan tak pernah melakukan dosa kecuali nabi Muhammad S.A.W. Perbanyakkan muhasabah diri. Saya teringat akan kata2 saidina Umar:

" Kalau seluruh kaum muslimin masuk syurga dan seorang sahaja masuk neraka, maka akulah
orang tersebut."

Tengoklah sikap kerendahan diri saidina Umar yang mengatakan dirinya ahli neraka walaupun telah dijamin masuk syurga. Diri kita yang tidak dijamin masuk syurga ini pun kadangkala rasa amalan dah cukup untuk masuk syurga. Jadi, seperti yg dikatakan tadi, muhasabahlah diri masing2. Sebelum saya akhiri post kali ini, saya ingin mengambil sebahagian lirik2 lagu nadamurni:

Bila NUR(hidayah) melimpah di hati,
manusia itu bangun, dari alam kegelapan,
ibarat kaca yang berseri....

wahai saudara-saudari sekalian, sudah tiba masanya untuk kita bangun dan mempersiapkan diri kita untuk saat kematian. Segala yang baik datang daripada Allah, dan yg buruk dtg dari Allah juga tetapi disandarkan pada diri saya sendiri. Semoga penulisan saya yang tidak seberapa ini dapat memberi impak dalam diri dan hati masing2. Terima kasih. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhwamaghfiratuhwaridhwanuh...